Peru Hanya Untuk Yang ‘Fit’ Dan 6 Tip Travel Ke Negara Unik Ini | NEWS

Peru Hanya Untuk Yang ‘Fit’ Dan 6 Tip Travel Ke Negara Unik Ini

Viral Snapper - Alhamdulillah, sempena cuti krismas baru-baru ini, saya berkesempatan melawat Peru, sebuah negara terletak di Amerika Selatan bertentangan dengan Lautan Pasifik pada 15-26 Dec 2017.

Sebenarnya, Peru merupakan salah satu negara di dalam bucketlist saya kerana taksubnya saya mengenai sejarah Tamadun Inca (Machu Picchu, salah sebuah dari 7 keajaiban dunia) serta El Dorado (mitos mengenai emas yang dikejar penjajah Sepanyol di pertengahan abad ke 15-16).

Lawatan saya dirancang bersama seorang kawan, juga merupakan warga Peru yang belajar di UK. Beliau rancang A-Z kerana lebih mudah untuk beliau berkomunikasi dalam Bahasa Sepanyol yang merupakan bahasa rasmi negara ini.

Ada juga dalam beberapa hari yang kami travel solo, kerana beliau kaki tegar hiking berbanding saya yang lebih minat melawat tempat-tempat bersejarah.





Sedikit peringatan sebelum ke Peru:

1. Pastikan anda melaporkan kehadiran anda di pejabat kedutaan Malaysia di Lima.

Hantar emel je untuk mengesahkan lawatan. Just in case anything bad happen. Boleh rujuk website kementerian luar negara. Rakyat Malaysia tak perlu visa.

2. PERU IS NOT MEANT FOR UNFIT PEOPLE. SERIOUSLY!

Peru terletak di banjaran Andes, permukaan bumi yang bergunung-ganang menyebabkan kita perlu lebih banyak mendaki dari berjalan.

Kalau anda kaki hiking tegar mungkin ini bonus point buat anda, tapi yang kurang fit (macam saya), pastikan kena buat latihan fizikal paling kurang  2-3 bulan sebelum pergi.

Cusco, sebuah bandar pelancongan terletak di kawasan tinggi boleh menyebabkan anda mabuk tinggi (high altitude sickness) akibat kurang lung capacity.

3. Passport pastikan berada di tangan anda 24 jam.

Kebanyakan lawatan kami semuanya diperiksa passport di pintu masuk. Naik bas pun dorang nak tengok passport.

4. Bawa ubat-ubat yang bersesuaian seperti Panadol, ubat mabuk udara atau minyak kapak, minyak panas.

Ubat ada dijual di kebanyakan farmasi, tetapi pilihlah untuk jimat duit.

Masa saya pergi ni, ubat memang tak bawa, jadi kawan saya ni kasi teh daun coca (bahan mentah kokain) untuk hilangkan pening. Terpaksa lah minum kalau tak memang termuntah-muntah.

Tapi jangan bawa balik daun ini. Nanti kena tahan di airport kerana seludup bahan terlarang sebab daun coca dianggap dadah.

5. Makanan – tiada restoran HALAL.

Sepanjang hampir 2 minggu saya jadi vegetarian/pescatarian. Bawalah makanan segera.

Bandar Cusco, terletak di pergunungan jadi makanan laut memang mahal kerana penduduk di situ lebih makan daging seperti ayam, alpaca, daging lembu, atau GUINEA PIG (tikus belanda) goreng. Yucks.

6. Matawang dan di mana nak tukar duit

Mereka menggunakan ‘soles’. Kebanyakan tempat terima USD atau EURO. Rate boleh semak di XE.com.

Jangan tukar di airport kerana kadar yang rendah, sebaliknya tukar di kedai berlesen di bandar Lima. Kalau tukar USD, pastikan anda bawa note 20 USD atau note 50 USD.





Kalau kasi 10 USD akan kena cas 50 sen. Bab ni pun saya tak berapa faham sebenarnya. Jangan tukar dengan orang persendirian kerana boleh jadi mereka kasi duit palsu terutama di bandar Lima.

Sumber : Vocket