Hilang Lidah Kerana Merokok 5 Batang Sehari, Kisah Ini Wajib Dibaca Perokok Tegar | NEWS

Hilang Lidah Kerana Merokok 5 Batang Sehari, Kisah Ini Wajib Dibaca Perokok Tegar

Viral Snapper - Masih ramai yang mengamalkan tabiat merokok walaupun tahu ia mengancamkan kesihatan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, tabiat itu dikenal pasti sebagai penyebab utama meningkatnya kadar kematian di negara ini semenjak 30 tahun lalu. Sungguhpun begitu, ia tak menghalang mereka daripada meneruskan tabiat ini. Asal tak jadi apa-apa, okay la. Ya tak?

Malah, sebilangan besar perokok adalah dari kalangan mereka yang mula berjinak dengan tabiat ini semenjak remaja. Berhubung ini, admin ingin berkongsi kisah seorang lelaki muda yang terpaksa mengharungi perjalanan ukar gara-gara tabiatnya itu. Moga perkongsian ini dapat membuka mata perokok-prokok tegar di luar sana sebelum terlambat.

Muhammad Faid mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap limat batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya.


Baru sahaja berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut dab kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Walaupun punca kanser itu tak diketahui, doktor berkata kbanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok. Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya mengalami masalah ulser di lidah kirinya.

Namun, ia tak mengendahkannya kerana ia tak begitu menyakitkan. Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang timbul awal tahun lalu tak hilang begitu sahaja.

Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser. Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia telah di Tahap III.

Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Muhammad Faid pada 17 Mei lalu. Doktor telah membina semula lidahnya dengan kelebihan kulit pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit.

Sungguhpun telah boleh bercakap, Faid masih lagi tak boleh makan. ia difahamkan menerima makanan menerusi tiub manakala lubang telah ditebuk di bahagian trakea bagi membantunya untuk bernafas. Sangat menyedihkan!
Sumber: Sinar fm