Bahaya! Jangan Berhenti Atas Jambatan Semata-Mata Nak Selfie, Kerana... | NEWS

Bahaya! Jangan Berhenti Atas Jambatan Semata-Mata Nak Selfie, Kerana...


Viral Snapper - Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) telah dibuka kepada orang ramai seawal jam 6 pagi, semalam.

Pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu mampu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.

Jambatan yang mempunyai ketinggian 58.2 meter dari atas tanah itu merupakan jambatan tertinggi di Malaysia menyebabkan ramai penduduk sekitar lembah Klang tertarik untuk merasai pengalaman menggunakan jambatan itu.



Menurut pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia JKR) , pengguna-pengguna yang melalui jalan tersebut, adalah dilarang sama sekali untuk berhenti di atas jambatan.

"Ia bagi memastikan keselamatan anda dan pengguna jalan yang lain," jelasnya.

Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menyusun kon bagi mengelakkan orang ramai berhenti di tepi jalan.