Sekian Lama Siasat Akhirnya Wartawan Temui Result SPM Syed Mokhtar Yang Mengejutkan Ramai. Agak-agak Brapa A Dia Dapat? | NEWS

Sekian Lama Siasat Akhirnya Wartawan Temui Result SPM Syed Mokhtar Yang Mengejutkan Ramai. Agak-agak Brapa A Dia Dapat?


Viral Snapper - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan salah seorang Melayu terkaya di Malaysia. Dia seorang yang misteri dan jarang sekali keluar dalam media. Beberapa tahun dahulu, seorang wartawan, Tuan Ku Seman berjaya temuramah beliau dan terkejut bila tau kisah SPM nya.. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

DAPAT TEMURAMAH PUKUL 11 MALAM

Pada tahun 2007 saya mewakili Mingguan Malaysia membuat wawancara eksklusif dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary selama dua jam setengah bermula pukul 11 malam di Muzium Kesenian Islam. Saya membuat wawancara itu bersama wartawan saya, Amran Ahmad .

Sebelum itu Syed Mokhtar juga memberi peluang kepada dua Wartawan Eksekutif Mingguan Malaysia, Noor Azam Shairi ( kini Pengarang di Malaysian Insight) dan Siti Mariam Mat Zain mewawancara beliau. Setahu saya Syed Mokhtar menolak untuk diwawancara oleh media lain dan tidak pernah memberikan kenyataan kepada wartawan.


Saya tidak tahu apakah yang membuatkan beliau terbuka hati untuk memberikan keizinan kepada Mingguan Malaysia mewawancaranya sebanyak dua kali. Tetapi yang pasti Syed Mokhtar lebih senang berkerja daripada bercakap dan mencari publisiti di media.


SIFAT SANGAT RENDAH DIRI

Beliau seorang yang sangat ringkas, mesra dan paling ketara ialah sikap merendah diri yang tinggi. Syed Mokhtar tidak nampak di mana perlunya seorang manusia yang diberikan rezeki oleh Allah boleh membanggakan diri. Ini kerana pada pegangan Syed Mokhtar, beliau hanya menyalurkan kekayaan yang Allah anugerahkan kepada golongan yang memerlukan.

Sehari sebelum wawancara pegawai beliau memberitahu, Syed Mokhtar tidak boleh memberikan masa dan tempat, tetapi bila-bila masa beliau ada masa senggang. Dua jam sebelum wawancara saya diminta datang ke Muzium Kesenian Islam pukul 11 malam.

PENAMPILAN YANG SANGAT SEMPOI

Malam itu Syed Mokhtar hanya baju T berkolar berwarna putih, seluar kelabu dan memakai sandal. Apabila saya memperkenalkan Ketua Jurugambar ketika itu, Syed Agil Syed Jaafar kepadanya, beliau berseloroh, ” Awat tak habaq ada nak ambik gambaq. Kalau tidak boleh pakai cantik sikit.”

Saya berkata, “Tak apa. Gambaq bilionaire pakai cantik dah biasa. Gambar pakai baju T dengan selipa ni yang unik.” Ketika itu beliau berusia 56 tahun dan wajah kearaban sangat ketara. Loghat Kedah sangat pekat dan kebetulan malam itu semuanya orang utara, termasuk Pengerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas Datuk Sidik Osman yang turut berada di situ. Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah milik Syed Mokhtar.

KEKAYAAN HANYA DIKETAHUI RAMAI MELALUI LAPORAN FORBES

Syed Mokhtar tidak pernah memperagakan kekayaannya seperti sesetengah “orang kaya Melayu” yang lain hingga kemewahan di bilik tidur pun semua didedahkan kepada media. Kereta dan rumah jangan cakaplah, macam sudah menjadi prasyarat “orang kaya Melayu” dedahkan kekayaan mereka.

Kekayaan Syed Mokhtar diketahui umum apabila didedahkan oleh majalah antarabangsa, Forbes. Tetapi umum dapat menjangka kekayaan beliau apabila mempunyai banyak syarikat dan meneroka pelbagai bidang perniagaan.

TAKDE KEPUTUSAN SPM SEBAB TAK MAMPU AMBIL PERIKSA

Anak seorang penjual daging di Alor Setar ini sebenarnya tidak sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana keluarga tidak berkemampuan.Beliau membantu ayahnya sebelum menceburi perniagaan beras.

Kata Syed Mokhtar, lori pertama yang dibelinya untuk berniaga beras masih menjadi miliknya. Itu satu kenangan berharga sebelum menjadi orang Melayu terkaya di negara ini. Bagaimanapun beliau tidak gemar bercakap tentang kekayaan yang dimiliki tetapi banyak memperkatakan bagaimana kekayaan itu dimanfaatkan oleh golongan yang kurang kemampuan.

KAYA DENGAN BANTU MISKIN

Kesimpulan daripada wawancara panjang itu ialah Syed Mokhtar mengamalkan konsep kekayaan adalah satu proses untuk membantu golongan yang memerlukan.

Beliau berpendapat, kekayaan yang diperoleh dengan izin Allah mahu dikongsikan dengan pihak yang memerlukan. Misalnya beliau menubuhkan Yayasan Al Bukhary yang mengeluarkan biasiswa dan menaja beribu pelajar miskin melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.

Tidak cukup itu yayasan ini juga membiayai orang miskin mengerjakan haji pada setiap tahun. Syed Mokhtar berpendapat zakat yang dikeluarkan setiap tahun tidak memadai berbanding rezeki yang Allah berikan kepadanya. Oleh kerana itu beliau menubuhkan Yayasan Al Bukhary untuk membantu golongan yang miskin.

Misalnya pada suatu hari jawatankuasa surau Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur menghantar surat memohon bantuan untuk membaikpulih surau berkenaan. Apabila Syed Mokhtar mendapat tahu permohonan itu, beliau bertanya kenapa tidak didirikan masjid? Kemudian Syed Mokhtar sedekahkan sebuah masjid di Jalan Hang Tuah dan berdirilah Masjid Al Bukhary menggantikan sebuah surau usang dan uzur sebelum ini.

KATA LAGENDA SYED MOKHTAR

Kata-kata Syed Mokhtar yang masih saya ingat, “Apalah sangat hendak dibanggakan dengan kekayaan. Rumah besar macam singahsana pun pada satu-satu masa kita tidur satu bilik sahaja. Kereta banyak nak buat apa, satu masa kita pandu satu kereta dan makan hanya sampai kenyang sahaja.” Sebab itu orang tidak tahu apa jenis kereta, rumah dan cara hidup Syed Mokhtar seperti sesetengah orang kaya lain.

Saya sangat setuju dengan Syed Mokhtar bahawa kekayaan bukan untuk diperagakan atau disalurkan kepada kegiatan yang tidak ada kaitan membantu golongan miskin. Kaya lawannya miskin, maka apabila dianugerahkan kekayaan, itu adalah hak golongan yang miskin.

Saya berbangga ada orang Melayu kaya yang mempunyai pemikiran dan keinsafan seperti Syed Mokhtar. Sebaliknya saya bukan sahaja tidak berbangga malah rasa diperbodohkan apabila ada orang kaya yang memperagakan kekayaan yang semuanya untuk dirinya. KONGSIKAN.

Sumber: Ku Seman