‘Nyanyi Sebagai Hiburan, Bukan Nak Jadi Penyanyi Profesional’ – Dikecam Hebat, Ini Respon Sinis Isteri Aliff Syukri | NEWS

‘Nyanyi Sebagai Hiburan, Bukan Nak Jadi Penyanyi Profesional’ – Dikecam Hebat, Ini Respon Sinis Isteri Aliff Syukri


Viral Snapper - Umum sudah mengetahui tentang lagu single nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang menakluki dunia Internet baru-baru ini. Sejak dikeluarkan, lagu ‘Abang Nak Tegur’ tidak putus menerima kecaman warga netizen. Setakat ini, lagu itu menerima sehingga 226,129 tontonan di Youtube dengan jumlah dislike jauh lebih banyak iaitu sebanyak 10, 000 berbanding jumlah like hanya 3,000.

Terbaru, isteri kepada Datuk Aliff, Shahida Mohd Rashid dilihat telah berkongsi pandangan peribadinya mengenai lagu suaminya dan Sajat itu di Instagram. Katanya, pada awalnya dia memang tidak berapa suka mendengar lagu itu kerana turut merasa tempias kecaman yang dilontarkan kepada suaminya. 

Mulanya stress, tapi fikir balik..menyanyi je kan?

Mula2 x berapa gemar tgk @aliffsyukriterlajaklaris dan @nursajat02 menyanyi…bukan apa x suka la bila kena kecam…stress tau walaupun bukan saya……tapi bila difikirkan blk bukan buat benda yg salah pun menyanyi je kan….

Shahida turut akui merasa terhibur setelah mendengar lagu itu beberapa kali. Menerusi kongsian posnya, isteri kepada jutawan kosmetik itu dilihat mempertahankan suaminya itu. Secara sinis, dia berkata mereka hanya menyanyi sebagai hiburan bukan untuk menjadi penyanyi profesional. Haa, siapa makan cili tu dia rasa pedas.

tapi mmg best dengar byk kali pun best….dorang menyanyi bukan nak jadi penyanyi vokal terbaik pun….??hiburan semata2….so x yah lah kondem lebih2….rezeki mereka..yg x suka x yah tengok…yg suka je pg tgk ok…kadang orang malaysia ni pelik2 …yg x suka tu lah yg pg ditengok dan didengar…tapi mmg bila dgr byk kali pun x bosan…. bg saya @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi biasa2 je tapi @nursajat02 mmg penyeri???tau…..senyum sendiri bila dengar….lagi ni ada pengajaran juga kepada mereka yg dah kahwin dan sedang bercinta….so korang yg suka wajib dgr ok?

Jadi, bagi korang yang belum dengar tu, sini admin kongsikan lagu nyanyian Aliff dan Sajat berjudul ‘Abang Nak Tegur’. Korang nilai sendiri.

Sumber: Instagram Shahida Mohd Rashid